Google
 

Minit-minit AGM ke 6

Syukur Alhamdulillah kerana AGM musim ke6 telah berakhir dgn jayanya. Member yg hadir semua sporting habis..tak boring dan happening. Games yg disediakan turut memeriahkan suasana..Tahniah utk Mahani & co yg bertungkus lumus ketika mengendalikan pemilihan, undian & games. Pada member yg hadir, ribuan terimakasih yg tak terhingga diucapkan dan pada yg terlepas sesi tahun ini, harap anda semua dapat hadir pada tahun depan

Di sini adalah keputusan pilihan ahli-ahli Hi-Tech Bikers utk sesi 2008-2009.

Tahniah utk ahli2 baru seperti Ikka 919, Zan K2 & Abg Din Fireblade dengan perlantikkan sebagai AJK kelab.

2 jawatan AJK akan dilantik oleh pengerusi bersama AJK yg lain dalam mesyuarat akan datang.

a) Pengerusi – Nordin

b) Naib pengerusi – Azizi

c) Bendahari – Shukri

d) Setiausaha – Alrianto

AJK

a) Ikka 919

b) Zan K2

c) PokYeh

d) Man Roy

Pemeriksa Kira-kira

a) Halimi

Pengamanah

a) Abg Din Fireblade

Berikut adalah program yg telah diaturkan dalam masa terdekat ini

a) Khaulak Bike Week (Thailand) 14hb – 16hb mac 2008

Pendaftaran RM50 (t-shirt, dinner & cenderahati)

Penginapan RM90 – twin sharing utk 2 hari

b) Penang Bike Week 5hb – 8hb April 2008

c) Phuket Bike Week ( 16hb – 19hb April 2008)

Akhir kata, diharapkan dgn hadirnya ahli-ahli baru dlm kelab akan menyemarakkan lagi semangat kita semua dan menjadikan Hi-Tech bikers terus berdiri megah dan disegani ramai di arena permotoran khususnya. Sama-sama kita jayakannya.....Tanpa sokongan anda semua, apalah Hi-Tech Bikers...

Note: Sesiapa yg ingin menyertai program yg tertera seperti di atas, sila daftar pada Nordin Z7. Baju kelab yg baru akan diedarkan pada majlis perjumpaan yg pertama dalam bulan Mac ini.

Terimakasih.

Alrianto Abdul Jalal

Hi-Tech Bikers Secretary

www.hitechbikers.net