Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Hi-Tech Bikers
Members,
Perkara : Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Hi-Tech Bikers
Tarikh : 21hb September 2008 (Ahad malam)
Venue : Cafe Pauh di Layang (UiTM, Permatang Pauh)
Bayaran : Belum ditetapkan tetapi dianggarkan bawah RM25.
Pada yg berminat nak turut serta, sila reply kat aku sebelum hari Jumaat depan – 12hb Sept. Ini adalah bertujuan untuk membuat tempahan kerusi kelak. Cafe Pauh di Layang terletak di dalam kampus UiTM. Tempat ini dipilh berdasarkan pengalaman kita berbuka di sana beberapa tahun yg lepas, serta memudahkan bagi semua menghadirinya. Oleh itu, saya berharap kita semua dapat hadir dan memeriahkan lagi majlis ini seperti yg dilakukan pada tahun-tahun yg lepas.
Seperkara lagi, kita juga akan mengutip bayaran bagi yg belum menjelaskan pembelian t-shirt AGM lalu.
Apapun, saya berharap dapat program ini mendapat sambutan dari anda semua setelah sekian lama antara kita yg tak berjumpa...
Selamat Berpuasa...
Terimakasih.
Alrianto Abdul Jalal
Hi-Tech Bikers Secretary