Google
 

Jemputan ke Hi-tech Bikers AGM 2008

Members…

Sebagai sebuah kelab yg berdaftar, kini tibalah masa untuk kita semua menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yg Ke-6. Seperti yg termaktub dalam perlembagaan kelab, setiap ahli diwajibkan hadir untuk sesi pemilihan dan pembentangan aktiviti serta akaun kelab. Diharapkan setiap ahli dapat hadir untuk melancarkan proses mesyuarat pada tahun ini.

Agenda

Mesyuarat Agung Tahunan ke6

Tarikh : 1 ~ 2hb Mac 2008

Venue : Dahlia Penthouse Cameron Highland

Waktu : 4pm (1hb Mac – Sabtu sahaja)

Yuran Mesyuarat : RM30 – termasuk penginapan

Perancangan Kelab

1hb Mac 2008 (hari pertama)

7.15am – berkumpul di Caltex Sg.Limau sebelum bertolak ke perhentian Juru

7.45am – berkumpul dan bertemu members dari Penang di perhentian Juru. Bersarapan.

8.30am – bertolak.

9.45am – berhenti rehat & pengisian minyak di perhentian Sg.Perak

Perjalanan seterusnya adalah melalui Simpang Pulai.

2.00pm – dijangka check in ke Dahlia Penthouse (apartment)

3.00pm – AJK bersiap sedia untuk mesyuarat

4.00pm – Mesyuarat Agung Tahunan Hi-Tech Bikers bermula

6.00pm – Bersurai dan bebas beraktiviti sehingga hari ke2.

2hb Mac 2008 (hari ke2)

Segala perancangan aktiviti hari kedua akan diperbincangkan ketika mesyuarat dijalankan.

Note:

* Pada yg belum mendaftar sebagai ahli, anda digalakkan berbuat demikian bagi melancarkan proses pemilihan. Sila buka lampiran utk borang keahlian.
* Pada sesiapa yg ingin berundur atau nama anda dikeluarkan dari senarai Hi-Tech Bikers, sila reply kat aku.


Diharapkan, semua ahli dapat hadir bagi memastikan Hi-Tech Bikers terus menjadi sebuah kelab/pertubuhan yg berdaftar dan disegani.

Sekian Terimakasih.

Alrianto Abdul Jalal

Hi-Tech Bikers Secretary